.::Nostagia dari 1989::.



Awesome video From JinnyboyTv

.::Wordless Wednesday #1::.


Setiap Ibu-Bapa Sentiasa Merindui Anak-Anak Mereka

.::GAME::.

Duduk termenung kat depan rumah masa petang2 kat shah alam nie mengimbau kenangan zaman kecik2 dulu. Budak2 kat kawasan perumahan seksyen 4 shah alam nie suma keluar memakai kasut2 berjenama, Harga pown mesti cantik2 gak nie. Confirm 100++ Nike,Adidas, Lotto dll. Well dulu masa kecik2 mana nak ada pakai macam diorang nie.. biasa pakai selipar jamban je curik kat surau.. hehe. So bila tgk diorang main petang2 kat depan rumah nampak suasana dan permainan yang diorang main nie berbeza pada masa 90-an dulu. Otak nie plak asyik terfikir permainan zaman dulu2. Daripada otak nie terus melupakan kenangan2 lama. baik post kat blog bole buat penyentap kenangan kan.

.::Galah Panjang::.



Ini antara game yang paling aku main masa rehat kat sekolah dulu. Siap je makan nasik lemak 50 sen kat kantin terus gerak g court badminton sekolah. Biasanya. aku antara orang top 10 yang sampai dulu la. Datang lambat nanti alamatnya tak main la. Rule nya simple sahaja, korang kene melepasi garisan yang dijaga oleh kawan2 korang. Dari depan N then patah balik. Klo korang kene tangkap, korang kene keluar. Klo suma team kene tangkap, group yang lagi satu akan tukar tempat ngan korang plak. Game nie memang takkan lupa daripada ingatan aku sebab aku ada parut kat kepala sebab game nie. Pasal semangat sangat kejar orang sampai terhantuk kat kepala member sampai pecah kepala. Dah tak pasal cacat sebelah kening kene jahit ngan doctor.  But still lepas elok je kepala terus main lagi. Minat punya pasal. Tapi tak semangat sangat sebab takut pecah kepala lagi. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...