.::Galah Panjang::.
Ini antara game yang paling aku main masa rehat kat sekolah dulu. Siap je makan nasik lemak 50 sen kat kantin terus gerak g court badminton sekolah. Biasanya. aku antara orang top 10 yang sampai dulu la. Datang lambat nanti alamatnya tak main la. Rule nya simple sahaja, korang kene melepasi garisan yang dijaga oleh kawan2 korang. Dari depan N then patah balik. Klo korang kene tangkap, korang kene keluar. Klo suma team kene tangkap, group yang lagi satu akan tukar tempat ngan korang plak. Game nie memang takkan lupa daripada ingatan aku sebab aku ada parut kat kepala sebab game nie. Pasal semangat sangat kejar orang sampai terhantuk kat kepala member sampai pecah kepala. Dah tak pasal cacat sebelah kening kene jahit ngan doctor. But still lepas elok je kepala terus main lagi. Minat punya pasal. Tapi tak semangat sangat sebab takut pecah kepala lagi. hehe
.::Baling Selipar::.
Game ni aku main start aku pandai berlari N bergaul lagi. Masa tadika dulu, Asal rehat je main game nie. Takde game lain dah agak nya. Fist skali korang kene buat group dalam 4,5 orang da bole jalan da. Korang kene susun selipar dalam bentuk tiga segi N pada jarak tertentu korang kene jatuh kan selipar yang korang susun tadi tu. Bila selipar yang disusun segi tiga tadi jatuh, group yang lagi satu tu akan baling selipar kat korang. Andaikata kene korang keluar, Kalau korang nak menang korang kene susun selipar yang korang jatuh kan tadi kembali ke bentuk asal dier. Part yang tak best main game nie kalau ada orang yang pakai selipar yang jenis tebal. Selipar yang klo korang guna balik anjing boleh menyebab kan anjing tu sawan. Bayang kan lah klo kene kat badan or mke korang, confirm duk tepi N nangis kejap pastu sambung balik main.
.::Lastik Getah::.
Satu-satunya game yang arwah ayah aku ajar main. Game yang selalu aku main ngan adik beradik or sepupu sepapat klo kat kampung. Game yang mudah dan simple. Tak memakai belanja yang banyak. Apa yang korang perlu buat ialah curik getah-getah rambut mak-mak sedara korang. Pastu abis main korang tanggung sendiri klo kene bebel k. Fist skali korang kene setup Base dulu. Korang g patahkan la mana2 dahan yang ada kat ngan rumah korang. Tak perlu besar sangat, sederhana sudah cukup. Hanya 2 diperlukan. Pacak kan dahan yang korang dapat tadi kat tanah n sambungkan dengan satu or dua getah sebagai tapak. Getah2 yang lain korang letakkan diatas getah yang menyambungkan dua dahan tadi. Second korang kene buat ibu lastik. Gunanya untuk lastik getah yang korang susun tadi. Pemenang adalah siapa yang jatuhkan getah paling banyak. Yang penting jangan korarng bantai lastik sepupu korang plak.. kang tak pasal ada plak yang buta.
.::Nyorok-nyorok::.
Bahasa mudah nya Hide N Seek la. Aku tulis nyorok2 tu pasal masa kecik dulu mana nak pandai cakap orang putih lagi kan. Macam hide n seek biasa, korang kene nyorok n sesorang jadi tukang carik korang. Luas tempah nyorok tu korang yang tentukan sendiri. Masa aku main dulu kawasan nyorok tu memang luas la. Sangat susah nak cari. Ada yang balik umah terus tido pown ada. Memang mental la klo yang jadi tukang carik tu. Sebab hardcore sangat main game nie, kepala aku pecah lagi. Cerita dier mak aku nasihat jangan main kat jalan nanti kene langgar. Tapi budak2 biasa la akal tak matang lagi. siap bole jawab lagi. "umi jangan risau, Pah kan kuat. Kalau kene langgar nanti bole terbang macam superman". Kesudahannya ikot abang nyorok kat seberang jalan punya pasal kene langgar ngan moto. Masa hantar kat hospital nangis n cakap "Nak umi, Nak mati ngan umi". takut punya pasal sebab darah banyak sangat keluar. Padan muka diri sendiri sebab degil lagi. Nasihat untuk main Game ni ialah jangan main waktu magrib sebab nanti kene sorok ngan Hanti Kopek. Mak aku cakap la. Aku kecik lagi percaya je sebab takut hantu.
.::Guli::.
Game yang banyak menyusahkan hidup aku masa kecik2 dulu. Yelah sanggup tahan lapar pasal nak beli guli. Mintak nak parent confirm2 makan pelempang punya. Masa kecik dulu hidup susah, Ekonomi pown tak berapa nak stabil. Makan nasik pown dengan minyak N garam. Nak main game nie comfirm nak ada guli special. Paling femes skali, Yang ramai orang suka beli tak silap aku Guli susu. Warnya nya putih macam susu. Femes sebab cantik. Klo sapa ada guli tu confirm menang. Bapak kurafat aku dulu. Rule nya senang sahaja. Apa korang perlu buat ialah lukis satu bulatan kat tanah. Pastu bincang berapa banyak guli korang nak taruh kan. Pastu korang kene baling guli kat dalam garisan tu sampai keluar. Klo keluar guli tu, guli tu jadi hak korang. Hurmm kecik2 da pandai main judi kan. Orang paling aku malas nak skali main ialah abang aku. Tersangat terer. Stok guli yang dier menang adalah dekat seguni. Asal main ngan dier je mesti kalah. Pakai saka ke apa tah main. Stress!
.::Gasing::.
Agak susah klo kita nak jumpa orang main gasing skunk tul tak. Budak2 skunk tak main gasing malaysia tapi main gasing buatan jepun. Bay blade. Maybe sebab nampak lebih sytle n boleh keluar naga klo pusing laju. Semua disebabkan media masa yang mempromosikan gasing buatan jepun nie. Dengan iklan yang gempak2 mana la budak2 tu tak tertarik kan. Cuba la parent diorang ajar main gasing. Confirm tak main da bay blade da lepas tu. Disebabkan tidak terdedah kepada permainan tradisional maka diorang tak tau la. Lama-lama hilang terus permainan tradisonal kita nie. Main gasing nie lebih kurang gak macam main guli. Korang lukis satu bulatan. Korang kene pusingkan gasing korang dalam bulatan tu dan orang lain akan cuba keluar kan gasing korang pada bulatan tu. Kalau tiada siapa yang berjaya keluarkan gasing tu dalam bulatan tu. Gasing mana yang pusing paling lama dalam bulatan tu dier la yang menang. Seronok nya gasing nie korang boleh belah gasing orang lain. Kalau kene cara baling N sudut nya la. Perasaan membelah gasing tu memang korang tak boleh lupa punya. Satu lagi korang bole warnakan or corak kan gasing korang ikut citarasa masing masing. Bila gasing tu berpusing, nampak warna-warni. hehe Cuma nasihat kat sini jangan baling kat kawan2. bahaya sebab gasing nie kat bawah dier ada paku. tajam lak tu. Satu lagi korang jangan halang orang lain nak main sama. Masa aku kecik2 dulu. Ada seorang sepupu aku nie tak kasi seorang budak nie main sekali. Bengang punya pasal, budak tu amik gasing dier cucuk kepala sepupu aku yang seorang nie. Bila nampak je gasing tu tercacak kat kepala sepupu aku nie terus budak tu cabut lari balik rumah. Sepupu nie tak perasan lagi kepala dier ada gasing. Bila orang tegur je baru gelabah lembu. Mana nak perasan nya sebab darah tak kuar. Sakit pown tak. Nasib baik la tak meninggal sepupu aku tu. Masa ambulans datang pick up sepupu aku tu kat umah. kita orang duk nyakat budak yang cucuk gasing kat kepala sepupu aku tadi cakap polis datang amik dier. meraung dier menangis. hehe In the end parent budak tu datang mintak maaf. Yelah budak2 kan mana nak tau pikir lagi. Asal marah or tak kene skit je ngan diorang mula la nak gaduh apa suma.
Setakat ini saja aku rasa untuk hari ini. Klo nak ikot kan otak aku nie banyak lagi game yang ada. Cuma apa yang aku mention kat atas nie kira macam favorite game masa aku kecik dulu la kan.Tulis banyak2 pown bukan korang baca pown kan. hehe. Kadang2 kesian ngan budak2 zaman skunk sebab tak tau game2 tradisional negara sendiri. Apa yang yang diorang tau skunk Bay Blade, Psp, Futsal. Zaman da moden. Mana nak main game yang dah lapok macam nie. Tak up to date la. Konon. Tak tau betapa masyuk nya main game2 macam nie. Gelak gembira bersama rakan2 adalah memori yang boleh korang simpan masa ke-tua. Bukan duk atas katil main Psp. OK that all, Thanks!
dulu kat sekolah mmg budak lelaki selalu main galah panjang. kalau budak pompuan pulak kat sekolah kak ell main tiang.
ReplyDeletesemua sye prnah maen..lstik getah jew xprnah..mmg mnyeronokkn bcoz prmainan dimain bramai2 xmcm prmainan skrg.. ;)
ReplyDelete