Pada usia 23 tahun, seorang student samalah orang macam aku nie mungkin belum bersedia untuk berumah tangga. Walaupun ada dikalangan rakan2 yang sudah berkahwin pada usia yang muda tapi hati ini masih belum terbuka untuk berkongsi hidup dengan orang lain. Mungkin disebabkan masih belum mempunyai sifat atau perasaan untuk menyayangi orang lain. Ataupun masih belum berjumpa seorang yang ditakdirkan ALLAH S.W.T sebagai penyeri hidup. Bukan lah aku hendak berkongsi pasal beban untuk menjadi orang yang berkahwin tetapi beban menjadi IBU-BAPA.
Tergerak hati ini untuk post pasal ibu bapa nie apabila mendengar satu cerita daripada seorang lecture. Yelah kita sebagai anak2 kebiasaan nya tidak pernah terfikir tentang mental dan fizikal ibu bapa kita sendiri dan memaksa mereka untuk memahami tentang hati dan perasaan kita. Hala tuju hidup anak-anak boleh menjadi satu beban kepada ibu bapa. Secara kita tidak sedar, andai kata kita gagal dalam perperiksaan ataupun hanyalah ujian biasa boleh mendatangkan STRESS kepada ibu bapa kita sendiri. Betulah Ibu bapa mana yang tidak mahu anak mereka berjaya.
Berbalik kepada cerita lecture tadi. Lecture ni adalah salah seorang lecture yang mempunyai PHD dan dipanggil DR dalam kelas. So suatu masa bila anak dier nie terpilih untuk menduduki peperiksaan dimana daripada tahun 3 anaknya boleh terus melompat ke tahun 5. Aku tak tau la sekarang nie masih ada lagi ke tak sistem nie N apa namanya. Pada awalnya lecture ni mengalakkan anak dier untuk menduduki peperiksaan ni N anak dier berjaya. Tapi naluri seorang ibu merasakan sesuatu yang kurang baik dan menasihatkan anaknya untuk tidak lompat ke tahun 5. But anak dier nie macam tak ske la sebab awal2 dulu maknya beria2 suruh usaha but bila berjaya suruh tolok plak tawaran. In the end anak dier lompat la kat tahun 5. then bila anak dier menduduki peperiksaan, anak dier Fail bahasa melayu. Si lecture nie terkejutla sebab anak dier kan pandai klo tak macam mana leh dapat tawaran lompat kelas tu. Lecture nie pown macam stress la bila tengok keputusan anak dier nie. So dier amik keputusan untuk pergi kedai buku. Kat kedai buku tu, lecture nie amik satu bangku kecil n go through suma buku bahasa melayu yang ada kat kedai buku tu dan mengenal pasti kat mana masalah anak dier. Then lecture nie pown balik n duduk table talk ngan anak dier n ajar apa sebenarnya dier patut lakukan untuk dapat A dalam bahasa melayu.
Moral of the story, kat sini kita dapat lihat bagaimana sebenarnya perasaan ibu bapa untuk melihat anak-anak dier berjaya. Bertapa tertekan nya ibu bapa nie bila tgk keputusan anak-anak dier yang teruk nie sampai bole pegi kedai buku n go through semua buku bahasa melayu yang ada kat kedai tu. Ini baru cerita anak gagal dalam peperiksaan kecik je.. belum lagi cerita anak kantoi hisap dadah, jual body, mengandung, buang anak, lari ngan laki orang dan sebagainya. So nasihat kat sini ialah hargailah ibu bapa korang. Masa diorang masih hidup nie belajarlah untuk mengurangkan beban diorang. Buatlah sesuatu yang membolehkan diorang bangga ngan diorang. Tak perlu banyak pown cukuplah sekali je korang buat macam tu. Diorang comfirm tak jemu punya cerita menda yang sama kat jiran or family korang. Belajar lah jugak mengalah ngan orang tua kita. Klo korang dengar cakap diorang sebenarnya boleh membuatkan diorang happy walaupun menda tu bertentangan dengan hati N perasaan korang masa tu. That all, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment