.::BEBAN::.

Pada usia 23 tahun, seorang student samalah orang macam aku nie mungkin belum bersedia untuk berumah tangga. Walaupun ada dikalangan rakan2 yang sudah berkahwin pada usia yang muda tapi hati ini masih belum terbuka untuk berkongsi hidup dengan orang lain. Mungkin disebabkan masih belum mempunyai sifat atau perasaan untuk menyayangi orang lain. Ataupun masih belum berjumpa seorang yang ditakdirkan ALLAH S.W.T sebagai penyeri hidup. Bukan lah aku hendak berkongsi pasal beban untuk menjadi orang yang berkahwin tetapi beban menjadi IBU-BAPA.




.:: IDEA ! ::.


Daya pemikiran seseorang tu berbeza. Segala idea yang difikirkan oleh seseorang itu bergantung kepada kreativiti dan pengalaman masing masing. Tak kiralah seseorang itu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi atau rendah, setiap idea yang dikeluarkan hendaklah diterima dengan baik. Jangan mengetawakan idea orang dan memandang serong idea yang keluar daripada orang yang mempunyai tahap pendidikan lebih rendah pada kita. Walaupun idea yang keluar itu macam ridiculous giler. Biasa idea-idea macam itulah yang membuatkan kita berjaya. pernah dengar kata-kata ini tak? "i am just an ordinary people doing extraordinary thing".

.::Kawan::.

Dalam masa kita hidup kat dunia nie, for sure kita akan berinteraksi dengan makluk yang bergelar manusia yang ada kat sekeliling kita kan.. Maka terjadinya suatu ikatan yang klo diikutkan kamus dewan iaitu persahabatan. So berdasarkan pengalaman masing2 aku pasti korang suma pasti dapat mengenal pasti jenis kawan yang korang ada. So untuk post kali nie aku nak kongsi ngan korang jenis2 kawan yang penah aku ada setakat aku hidup nie.

.::JENIS MAKAN KAWAN::.




Jenis makan kawan nie adalah jenis paling merbahaya N paling aku benci sekali.. Bukan sebab apa, klo tak puas hati ke apa kita table talk la kan.. Senang cerita, aku boleh terima salah sendiri. tak payah la duk belakang kita duk cucuk jarum.. klo tak tau takpe la.. Tapi klo dapat tau sakit dier rasa macam kene toreh je jantung nie. Bagi aku la kan jenis nie ada dua.. satu jenis tikam sapa yg dia tak puas hati je. satu lagi nie memang jenis suka tikam belakang. kira macam kiri kanan la dier tikam la. Duk kat orang nie dier tikam orang nie, duk ngan orang lain dier tikam orang dier cerita tadi.. Memang terbaik. jumpa tepi jalan jangan lupa langgar k. Dalam list kawan2 aku nie ramai yang jenis macam nie sebenarnya. Tapi klo kita pikir balik sapa yang tak penah cakap belakang2 nie betul tak... klo ada tu memang orang tu cukup2 baik la.. so in the end takyah la guna term "aku tak ske orang hipokrit" sebab kita sendiri penah buat menda yang sama kan. 

.::oh dunia::.

Setelah sekian lama tak terasa menulis.. sorry kepada semua yang sudi follow blog n blogger nie.. mungkin sebab malas atau minat telah beralih kearah lain.. tapi kadang2 terasa bagus gak menulis kat blog nie.. atleast boleh kongsi ngan korang apa yg aku pikir n maybe kita boleh berdiskusi kat sini.. Yelah, setiap orang ada pandangan masing-masing.. Kita tak bole pikir kita je yang betul dan pendapat orang lain salah.. kita kene tenang klo pandangan kita tak diterima dan pikir pandangan orang lain secara positif.. Tapi berdasarkan pendapat n penilai diri sendiri la kan... kebanyakan orang nie cepat sangat melenting dan terlalu negetif serta selalu sangat memandang rendah kat orang lain... opss nie dah terlajak kearah lain dah nie... kita akan cerita pasal nie kemudian... point sebenar nak menulis nie sebenarnya sebab malu dengan diri sendiri..

Facebook confirm sume orang tau dan digunakan kat seluruh dunia... So secara tak sedar apa yg kita tulis or buat kat facebook tu secara langsung akan dibaca oleh orang ramai.. tak kira la family kawan n sesiapa yg mengenali diri kita.. Facebook nie ada baiknya n ada keburukan nya.. tapi dari segi gayanya macam banyak keburukan la.. So pada aku melalut panjang lagi n korang bukan baca pown.. cuma nak tanya pendapat pasal korang pasal gambar nie..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...