.::Kawan::.

Dalam masa kita hidup kat dunia nie, for sure kita akan berinteraksi dengan makluk yang bergelar manusia yang ada kat sekeliling kita kan.. Maka terjadinya suatu ikatan yang klo diikutkan kamus dewan iaitu persahabatan. So berdasarkan pengalaman masing2 aku pasti korang suma pasti dapat mengenal pasti jenis kawan yang korang ada. So untuk post kali nie aku nak kongsi ngan korang jenis2 kawan yang penah aku ada setakat aku hidup nie.

.::JENIS MAKAN KAWAN::.




Jenis makan kawan nie adalah jenis paling merbahaya N paling aku benci sekali.. Bukan sebab apa, klo tak puas hati ke apa kita table talk la kan.. Senang cerita, aku boleh terima salah sendiri. tak payah la duk belakang kita duk cucuk jarum.. klo tak tau takpe la.. Tapi klo dapat tau sakit dier rasa macam kene toreh je jantung nie. Bagi aku la kan jenis nie ada dua.. satu jenis tikam sapa yg dia tak puas hati je. satu lagi nie memang jenis suka tikam belakang. kira macam kiri kanan la dier tikam la. Duk kat orang nie dier tikam orang nie, duk ngan orang lain dier tikam orang dier cerita tadi.. Memang terbaik. jumpa tepi jalan jangan lupa langgar k. Dalam list kawan2 aku nie ramai yang jenis macam nie sebenarnya. Tapi klo kita pikir balik sapa yang tak penah cakap belakang2 nie betul tak... klo ada tu memang orang tu cukup2 baik la.. so in the end takyah la guna term "aku tak ske orang hipokrit" sebab kita sendiri penah buat menda yang sama kan. 

.::JENIS TAK AMBIL PORT::.




Ini jenis yang universal. Apa yang dia peduli hanyalah diri sendiri. Aku tak kacau hidup kau, Kau tak kacau hidup aku. Dalam hidup nie aku perlukan diri sendiri sahaja. Sebab aku mampu melakukan semua menda kat dunia nie menggunakan kekuatan diri sendiri sahaja. Moto hidup forever alone. Kadang2 aku suka gak jenis yang macam nie. Lagi2 klo dibuat roomate.. Tenang je hidup dalam bilik macam hidup ngan batu or kayu. anggap la macam hidup sorang je dalam bilik tu. hehe

.::JENIS MASA SENANG::.


Kawan masa senang nie memang annoying giler. Masa kita tengah banyak duit or tengah dapat gaji, masa tu la dier nak baik ngan kita. Tetiba msj tanya buat apa. Ajak kuar bagai. Masa kita tengah sesak2 takde lak dier nak ambik tau pasal kita. Dah makan ke belum apa suma. Boleh siap perli lagi tu. Haisshh~ Sepanjang aku hidup 23 tahun nie, aku penah mengalami masa yang mana aku panggil masa gelap. Klo ikut jam dinding, aku ada kat kedudukan pukul 6 yang bermaksud masa tu aku tengah susah gila2 la. Duit nak makan takde, memang sesak duit sangat2 la. Apa yang boleh makan pown biskut je. Tapi alhamdullilah ada kawan yang betul2  baik tapi jauh ngan aku offer kasi pinjam duit. Dapat jugak la makan nasik. Kawan2 yang dekat dengan aku yang mana slu makan sama2 boleh gelak je kat aku sebab hari2 aku makan biskut je. Takleh Blah giler aku rasa masa tu. Allah je tau macam mana aku rasa. Tak tolong aku takpe la, sebab aku paham korang pown ada masalah sendiri kan. Tapi kenapa sampai kene ketawa kan member ko yang tengah susah nie. Siap bole cakap "buat apa ajak ko, ko bukan ada duit" pastu gelak2. Sumpah aku kata klo aku berduit N aku tengok kawan2 aku susah macam aku susah dulu aku comfirm akan tolong nya. paling kurang aku akan buat ialah belanja makan. Keluar setakat Rm5 apa la sangat ngan pahala kita dapat betul tak? Ko tak tau macam mana kawan yang ko tolong tu akan balas balik kat ko macam mana. Mana tau dier jadi billionare ke pastu bagi ko sejuta .. haaa baru tau.




.::JENIS DUNIA AKHIRAT::.



Kawan dunia akhirat nie sangat terbaik. Tak kira lah masa kita senang atau susah dier sentiasa ada ngan kita. Sentiasa bagi nasihat n motivasi masa kita susah. Bagi tunjuk ajar masa kita salah. Perfect la kat mata kita. Syukur sangat2 sebab aku ada 4 orang kawan yang aku consider jenis dunia akhirat nie. Bukan apa susah sebenarnya klo korang pikir nak jumpa jenis2 macam nie. orang kampung aku cakap RARE BOH! Klo korang jumpa jenis yang macam nie korang jaga la hubungan korang dengan diorang sebaik mungkin. Andai kata korang bergaduh ngan jenis2 nie N buang diorang dalam list kawan korang maka dengan itu korang sendiri yang rugi sebenarnya. Ok itu sahaja, so korang renung2 kan la k.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...