welcome 2011

Selamat tahun baru aku ucapkan kepada sesiapa la yang baca blog yg tak berapa handsome nie..hehe semoga tahun 2011 ini lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun2 sebelumnya k.. memandangkan orang lain sibuk2 nak pasang azam baru.. aku pown samer la... hehe walaupun azam tahun lepas hanya bertahan selama semiggu jew n then hilang kemana.. haha tapi ta kesah la kan... well memang banyak perkara yang berlaku pada tahun 2010... semua itu akan diabadikan dalam hard disk otak aku nie... segala perjalanan hidup, pahit manis akan aku jadikan ikhtibar dan panduan hidup... so pada tahun 2011 ini.. ada 5 azam yang ingin aku tunaikan...

(1)
.::Berhenti merokok::.

haha entah bila la azam aku ini akan tertunai kan.. bila menda da jadi tabiat susah betul nak buang... tapi takpe.. dengan azam yang kental (kononnya) aku akan berusaha berhenti merokok! yeahh caiyok!!..

(2)
.::mengumpul harta dengan lebih banyak::.

dalam banyak2 menda camera nie la paling aku nak beli.. memandang kan aku dilahirkan dengan genetic yang kuat berjalan..hehe so camera cam nie mmg perlu la.. besides aku mmg suke amik gambar pown.. tapi bukan gambar sendiri la.. sebab aku nie allergic camera.. senang tutup mata..hehe.. tapi setiap kali nak beli jew ader jew halangan.. moto rosak la laptop terbakar la.. takpe2 sok luasa ader la tu kan... bukan aper masa muda nie la nak kumpul harta2 camnie.. da tua nanti takde la nak beli2 da..kan3..


(3)
.::belajar menyayangi seorang gadis::.

"jangan la nak single sangat"... well nie la ayat yang slu orang cakap kat aku..hehe kadang2 aku pikir hanya perempuan saja yang jatuh cinta n sayang kat sesorang.. yang laki just follow jew.. setakat suke2.. terus terang mmg aku ada masalah untuk menyayangi seorang gadis..haha mungkin sebab aku selesa hidup single.. tapi takkan nak single sampai ke-tua kan..hehe semoga jodoh ku akan sampai suatu hari nanti..piung3~"jiwang la plak..haha"


(4)
.::menjadi seorang yang taat kepada agama::.

azam nie bukan bermaksud aku tak semayang ke apa.. hehe juz nak berazam memperbaiki ibadah2 yang sedia ada dan menambah ibadah baru... aiiiche.. well kita manusia sebenarnya lebih gemar mengikut hawa nafsu berbanding melakukan kebaikan... klo bab pegi seronok cepat jew.. tapi klo g masjid punyer la berat.. so tahun nie aku nak rajin2 kan pegi semayang kat masjid or surau2.. kerana solat berjemaah tu banyak fadilatnyer...

(5)
.::kasi up pointer yang tak seberapa 2::.


well pointer sedia ada nie takde la teruk sangat... bole la nak cari makan.. tapi untuk safety aku nak pointer 2 kasi lebih ok la... so masa depan aku ini lebih terjamin.. klo nak usaha sendiri mustahil la kan... so diharap kawan2 diluar sana.. rajin2 la hulurkan bantuan kepada kawan2 korang yang tak berapa nak pandai nie k... hehe


itu sahaja azam aku tahun nie.. korang2 pown tanam2 la azam k n berusaha la nak mencapai nyew... hidup dengan cita2 membuatkan hidup kita lebih berjaya.. hidup tanpa cita2 ibarat layang2 putus talinya.. haha betul ke tak entah.. pape jelah k.. chow!

2 comments:

  1. huhu. azam aku pun same cm ko. tp bab benti rokok aku dah b,jaya, anda bila lg? haha.

    ReplyDelete
  2. haha.. terer la sial... aper buat ko?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...